Assalamaualaikum......
Aku nak update pasal besday anak aku, Muhammad Aisy Rayyan yang ke-2 tahun......Syukur alhamdulillah aisy membesar dengan sihat dan dialah buah hati ibu ayah.
Untuk sambutan kali kedua ini, aku sambut di taska Cahaya Min Rizki pada 03.12.2014 jam 3 ptg.......jemputan hanya kawan2 aisy dan cikgu sahaja. Bukan tak nak buat kt umah atau tempat lain, rasa lebih meriah dia sambut bersama kawan2. Aku sebagai ibu pun rasa teruja,......hehehehhehehe.
Goodies bag aku buat simpel2 je untuk kemeriahan kawan2 aisy.......tp cikgu bg masa diorang nak balik klu bg waktu tu conform bersepah.hehheheheehe. tp aku terkilan coz lupa ambik gambar goodie bag tu.
yg aku bg :
* lolipop
* puding
* belon
* keropok jagung
Sebenarnya tarikh lahir aisy jatuh hari Ahad, 1 Disember tapi aku hanya sambut di rumah je beli kek kecik je kt secret recipe dan beli hadiah kt Toys Rus kt Alamanda.
Tu pun dia rasa happy asyik nk tiup lilin je.......bukan makan kek pun. (last2 aku yg habiskan .....hehehheehh,sedap)
**** Ini pic sambut birthday aisy kt umah je. Nampak tu dia susun mainan kegemaran dia......hehehheheh. Skrg kereta tu dh hilang sbb dia bwk gi taska.....uhuhuhuuh. Alahai anak.....
## Untuk aisy, ibu dan ayah doakan aisy dikurniakan kesihatan yang baik, diberikan kecerdikan akal fikiran, sentiasa menjadi penyejuk hati ibu ayah, jadi anak yang soleh dan baik budi pekerti.
- IBU AYAH SAYANG AISY DUNIA AKHIRAT -


No comments:
Post a Comment