Thursday, 22 January 2015

Dugaan Yang Amat Berat

Tanggal 21 Januari 2015, tarikh yang akan ku ingat sampai bila-bila. Ketika aku keseorangan mencari jalan penyelesaian tiada siapa yang dapat membantu......bukan tidak mahu kabarkan pada family. Bila memikirkan maruah dan perasaan malu berdepan dengan mereka akan datang, aku harungi seorang diri untuk membantu en.hubby. Jika orang sekeliling yang mengenali en.hubby, akan kata biar je la dia rasa apa yang akan terjadi tetapi pada aku yang berdepan masalah tu, aku akan cuba sedaya upaya membantunya walaupun terpaksa tebalkan meminjam sana sini.

##masalah tu tidak dapat aku kongsikan disini. Biarla rahsia padaku dan en.hubby........
Duka yang tidak org sekeliling rasai sepertimana aku rasa.

Dalam keadaan aku yang sarat mengandung anak kedua, emosi dan perasaan bercelaru tidak dapat digambarkan. Tidur dan makan yang tidak teratur bila aku perlu mencari jalan menyelesaikan masalah yang aku perlu hadapi. Dalam aku uasaha mencari jalan, kupanjatkan doa pada Ilahi agar dipermudahkan sebelum perkara lebih teruk berlaku pada aku dan anak-anakku. Tangisan dan sebak tidak dapat dipisahkan ketika itu........bayangan sedih masa akan datang sentiasa menjelma difikiranku. Tiada seorang kawan yang dapat membantu aku ketika itu......perasaan bertambah hiba bila masa yang diberitahu suamiku hampir tiba. 

Dalam keadaan kelam kabut dan celaru, timbul seorang hamba Allah yang aku baru kenali sudi membantu aku dan suamiku......hatiku mula berbunga riang (Alhamdulillah). Mulanya aku niat hanya ingin pendamkan sahaja masalah aku, tiada juga niat meraih simpati. Tapi bila aku rasa amat tertekan dan tidak dapat bendung lagi perasaan sedih, terpaksa juga meluahkan masalah aku tu pada hamba Allah ni. Syukur sangat bila dia sudi membantu ........hanya Tuhan yang dapat membalas budi hamba Allah ini. Tenangnya rasa hati bila masalah tu dapat disetelkan walaupun berperingkat, tambah gembira bila dapat bersama en.hubby dan anakku, Aisy Rayyan. 

Dugaan yang aku terima, Allah turunkan pada mereka yang tabah hadapi......(aku tak kuat sebenarnya namun aku harungi juga walau bermacam emosi yang timbul). Diharapkan en.hubby ambil iktibar atas apa yang berlaku dan tak ulangi lagi untuk masa hadapan kami bersama. Amin.....
#jgn lupa pengorbanan isterimu ini.....

No comments:

Post a Comment