Tuesday, 29 March 2016

Story Strong Mommy: Throwback Sambut Birthday Aisy

Story Strong Mommy: Throwback Sambut Birthday Aisy: Assalamaualaikum...... Aku nak update pasal besday anak aku, Muhammad Aisy Rayyan yang ke-2 tahun......Syukur alhamdulillah aisy membesar...

Wednesday, 9 March 2016

2016 sudah

Hai......hari ni baru ada kesempatan nak update my story. Dah masuk bulan 3 2016 kot.....hiihihihhi. Nampak disitu yang aku ni seorang busy mommy, almaklumla dh masuk 2 org cahaya mata. (dua2 hero). Hari2 aku bergelut ngn 2 org hero ni....merekala yang buat aku menjadi seorg ibu yg bertuah, ibu yang hebat, seorg ibu yg penyabar dan kdg2 ibu pun boleh jadi singa, bila diorang buat perangai. hahhahahahah....tp yg selalu kena abg aisy la, anak aku yang sulung. 

Tahun ni abg aisy dah masuk 4 tahun tp sbbkan die lahir bulan 12, makanya umur die baru masuk 3 tahun 3 bulan. comel je....mcm ibu diala, tak setanding ngn rakan sebaya die. (takpela nak, yg penting kamu sihat dan bijak......ibu pikir positif). Walaupun percakapan die ada yg terang dan ada yg kurang jelas (pelat), anak ibu seorang yg bijak dan abg yg penyayang dan kadang2 manja teramat berbanding adik. Sekarang pun dh tak pakai pampers, alhamdulillah.....walaupun kdg2 terkencing bila tak sempat ke tandas. Bila jalan2 ke tempat yg jauh je aku still pakaikan coz agak leceh bila die nak kencing tp tandas jauh atau ibu die malas nk mencari......hahahahhahaha. 

Oh ye......tak cerita lg kan tentang adik aisy yg comel lg dobot. Ti la di lain hari kita cerita ya......banyak yg nk story ttg anak ke 2 ku. Doakan kami di kurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki ye. Amin.....

K bye.

Wednesday, 22 April 2015

37 weeks

Salam sejahtera semua.....lama tak update crite. Dah berhabuk blog ni......hihihihihih, bukan apa busy ngn aktiviti harian. Preggy kali ni agak penat sedikit, almaklumla Aisy semakin membesar dan lasak yang amat. Kadang-kadang rasa nk mengamuk je coz geram sgt ngn perangai dia.....mcm2 dia buat. Walaubagaimanapun, dia la penawar hati dan membuatku tersenyum sendiri bila rasa sedih. Eh.....sedih ke???hiihihihihihi......

Minggu ni dah masuk 37weeks .......tadi baru je balik check up klinik kerajaan,tiba2 berat badan turun pulak 300 gram. Peliknye tp aku perasan memang aku kurang selera makan sejak akhir2 ni. Mungkin macam2 yang bermain difikiran aku bila tiba waktu nak bersalin. Adoiiii...........harap2 berat baby tak turun jugak la sebab masa Aisy dilahirkan memang kurang berat. Sedih sangat masa tu bila tengok nurse asyik ambik darah dia untuk nak tahu punca kurang berat. Huhuuhuhuhuhu..........seriau dengar Aisy nangis, harap 'adik' dia berat cantikla dan takde masalah kuning yang tinggi.

Friday, 23 January 2015

Tambah Duit Kocek

Setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat ada jualan sarapan pagi di pejabat anjuran kelab bahagian. Sambutan amat memberangsangkan memandangkan cafe pejabat jauh dan tidak banyak pilihan.
#akula orang yg malas berjalan.....hihihihihii coz perut sedang memboyot.
Jualan sudah bermula pada tahun 2014 lagi.....tapi sejak mula tahun 2015, jualan agak kurang kerana salah seorang dari penjual tidak dapat diteruskan jualan berikutan keadaan yang tidak dapat dielakkan. Jadinya kurangla jualan sarapan pagi kelab bahagian ......em,ada kakak ni cadangkan aku bawa kuih, beraneka mee atau aneka nasi goreng. 

Mula-mula aku fikir rumit coz aku ni payah dah nak bangun kul 4-5 pagi sekarang....tapi bila fikir balik, boleh gak tambah pendapatan aku walau sedikit (orang tua kata buat duit kocek). Jadinya aku decide nak bawa kuih a.k.a Roti Sosej.....hiihihihih. Untuk permulaan ni, aku buat dalam 20 biji je.....alhamdulillah cepat je abis coz aku sorg je bawa kuih.hihihiihihih......tggula pula minggu hadapan, kalau sempat ingat nak buat mee/bihun pula. Insyallah.....


#doakan rezekiku bertambah ye......Amin

Thursday, 22 January 2015

Dugaan Yang Amat Berat

Tanggal 21 Januari 2015, tarikh yang akan ku ingat sampai bila-bila. Ketika aku keseorangan mencari jalan penyelesaian tiada siapa yang dapat membantu......bukan tidak mahu kabarkan pada family. Bila memikirkan maruah dan perasaan malu berdepan dengan mereka akan datang, aku harungi seorang diri untuk membantu en.hubby. Jika orang sekeliling yang mengenali en.hubby, akan kata biar je la dia rasa apa yang akan terjadi tetapi pada aku yang berdepan masalah tu, aku akan cuba sedaya upaya membantunya walaupun terpaksa tebalkan meminjam sana sini.

##masalah tu tidak dapat aku kongsikan disini. Biarla rahsia padaku dan en.hubby........
Duka yang tidak org sekeliling rasai sepertimana aku rasa.

Dalam keadaan aku yang sarat mengandung anak kedua, emosi dan perasaan bercelaru tidak dapat digambarkan. Tidur dan makan yang tidak teratur bila aku perlu mencari jalan menyelesaikan masalah yang aku perlu hadapi. Dalam aku uasaha mencari jalan, kupanjatkan doa pada Ilahi agar dipermudahkan sebelum perkara lebih teruk berlaku pada aku dan anak-anakku. Tangisan dan sebak tidak dapat dipisahkan ketika itu........bayangan sedih masa akan datang sentiasa menjelma difikiranku. Tiada seorang kawan yang dapat membantu aku ketika itu......perasaan bertambah hiba bila masa yang diberitahu suamiku hampir tiba. 

Dalam keadaan kelam kabut dan celaru, timbul seorang hamba Allah yang aku baru kenali sudi membantu aku dan suamiku......hatiku mula berbunga riang (Alhamdulillah). Mulanya aku niat hanya ingin pendamkan sahaja masalah aku, tiada juga niat meraih simpati. Tapi bila aku rasa amat tertekan dan tidak dapat bendung lagi perasaan sedih, terpaksa juga meluahkan masalah aku tu pada hamba Allah ni. Syukur sangat bila dia sudi membantu ........hanya Tuhan yang dapat membalas budi hamba Allah ini. Tenangnya rasa hati bila masalah tu dapat disetelkan walaupun berperingkat, tambah gembira bila dapat bersama en.hubby dan anakku, Aisy Rayyan. 

Dugaan yang aku terima, Allah turunkan pada mereka yang tabah hadapi......(aku tak kuat sebenarnya namun aku harungi juga walau bermacam emosi yang timbul). Diharapkan en.hubby ambil iktibar atas apa yang berlaku dan tak ulangi lagi untuk masa hadapan kami bersama. Amin.....
#jgn lupa pengorbanan isterimu ini.....

Thursday, 8 January 2015

Perancangan Azam Baru Bermula

Baru semalam en.hubby bgtau, dia ada perancangan untuk ubah hidup kami sekeluarga dari biasa2 ke luar biasa. Bila fikir balik ada betulnya cadangan en.hubby tu cuma aku je yang sentiasa berfikiran negatif. Aku sebagai isteri akan bagi sokongan untuk en.hubby teruskan niat perancangan nya tu.......dan bantu mana yang perlu. 

Sebenarnya perancangan en.hubby adalah berniaga kecil-kecilan yang ada tapak kecil spt di uptown dan pasar. En.hubby ada call owner tapak Downtown Mines pencarian melalui mr.google.....hehhehhe. Sewa dalam rm650 sebulan, khemah disediakan dan deposit dalam rm500. Waktu niaga : 8.00pm - 2.00am.....menarik tp kene fikir pencarian modal dan barang untuk dijual pula.


**** Contoh pemandangan Downtown Mines waktu malam. 

En.hubby pesan "takpe susah awal2 dapat income sedikit pun tak pe dan jgn fikir negatif".....hehehehhehe biasala perempuan spt aku ni memg suka fikir bukan2. Bila suami aku bg kata-kata peransang mulala semangat aku ni berkobar2.....(semoga urusan aku dipermudahkan. Amin)




Doakan kami sekeluarga dimurahkan rezeki selalu k.......Amin