Salam sejahtera semua.....lama tak update crite. Dah berhabuk blog ni......hihihihihih, bukan apa busy ngn aktiviti harian. Preggy kali ni agak penat sedikit, almaklumla Aisy semakin membesar dan lasak yang amat. Kadang-kadang rasa nk mengamuk je coz geram sgt ngn perangai dia.....mcm2 dia buat. Walaubagaimanapun, dia la penawar hati dan membuatku tersenyum sendiri bila rasa sedih. Eh.....sedih ke???hiihihihihihi......
Minggu ni dah masuk 37weeks .......tadi baru je balik check up klinik kerajaan,tiba2 berat badan turun pulak 300 gram. Peliknye tp aku perasan memang aku kurang selera makan sejak akhir2 ni. Mungkin macam2 yang bermain difikiran aku bila tiba waktu nak bersalin. Adoiiii...........harap2 berat baby tak turun jugak la sebab masa Aisy dilahirkan memang kurang berat. Sedih sangat masa tu bila tengok nurse asyik ambik darah dia untuk nak tahu punca kurang berat. Huhuuhuhuhuhu..........seriau dengar Aisy nangis, harap 'adik' dia berat cantikla dan takde masalah kuning yang tinggi.
Wednesday, 22 April 2015
Friday, 23 January 2015
Tambah Duit Kocek
Setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat ada jualan sarapan pagi di pejabat anjuran kelab bahagian. Sambutan amat memberangsangkan memandangkan cafe pejabat jauh dan tidak banyak pilihan.
#akula orang yg malas berjalan.....hihihihihii coz perut sedang memboyot.
Jualan sudah bermula pada tahun 2014 lagi.....tapi sejak mula tahun 2015, jualan agak kurang kerana salah seorang dari penjual tidak dapat diteruskan jualan berikutan keadaan yang tidak dapat dielakkan. Jadinya kurangla jualan sarapan pagi kelab bahagian ......em,ada kakak ni cadangkan aku bawa kuih, beraneka mee atau aneka nasi goreng.
Mula-mula aku fikir rumit coz aku ni payah dah nak bangun kul 4-5 pagi sekarang....tapi bila fikir balik, boleh gak tambah pendapatan aku walau sedikit (orang tua kata buat duit kocek). Jadinya aku decide nak bawa kuih a.k.a Roti Sosej.....hiihihihih. Untuk permulaan ni, aku buat dalam 20 biji je.....alhamdulillah cepat je abis coz aku sorg je bawa kuih.hihihiihihih......tggula pula minggu hadapan, kalau sempat ingat nak buat mee/bihun pula. Insyallah.....
#doakan rezekiku bertambah ye......Amin
Thursday, 22 January 2015
Dugaan Yang Amat Berat
##masalah tu tidak dapat aku kongsikan disini. Biarla rahsia padaku dan en.hubby........
Duka yang tidak org sekeliling rasai sepertimana aku rasa.
Dalam keadaan aku yang sarat mengandung anak kedua, emosi dan perasaan bercelaru tidak dapat digambarkan. Tidur dan makan yang tidak teratur bila aku perlu mencari jalan menyelesaikan masalah yang aku perlu hadapi. Dalam aku uasaha mencari jalan, kupanjatkan doa pada Ilahi agar dipermudahkan sebelum perkara lebih teruk berlaku pada aku dan anak-anakku. Tangisan dan sebak tidak dapat dipisahkan ketika itu........bayangan sedih masa akan datang sentiasa menjelma difikiranku. Tiada seorang kawan yang dapat membantu aku ketika itu......perasaan bertambah hiba bila masa yang diberitahu suamiku hampir tiba.
Dalam keadaan kelam kabut dan celaru, timbul seorang hamba Allah yang aku baru kenali sudi membantu aku dan suamiku......hatiku mula berbunga riang (Alhamdulillah). Mulanya aku niat hanya ingin pendamkan sahaja masalah aku, tiada juga niat meraih simpati. Tapi bila aku rasa amat tertekan dan tidak dapat bendung lagi perasaan sedih, terpaksa juga meluahkan masalah aku tu pada hamba Allah ni. Syukur sangat bila dia sudi membantu ........hanya Tuhan yang dapat membalas budi hamba Allah ini. Tenangnya rasa hati bila masalah tu dapat disetelkan walaupun berperingkat, tambah gembira bila dapat bersama en.hubby dan anakku, Aisy Rayyan.
Dugaan yang aku terima, Allah turunkan pada mereka yang tabah hadapi......(aku tak kuat sebenarnya namun aku harungi juga walau bermacam emosi yang timbul). Diharapkan en.hubby ambil iktibar atas apa yang berlaku dan tak ulangi lagi untuk masa hadapan kami bersama. Amin.....
#jgn lupa pengorbanan isterimu ini.....
Thursday, 8 January 2015
Perancangan Azam Baru Bermula
Baru semalam en.hubby bgtau, dia ada perancangan untuk ubah hidup kami sekeluarga dari biasa2 ke luar biasa. Bila fikir balik ada betulnya cadangan en.hubby tu cuma aku je yang sentiasa berfikiran negatif. Aku sebagai isteri akan bagi sokongan untuk en.hubby teruskan niat perancangan nya tu.......dan bantu mana yang perlu.
Sebenarnya perancangan en.hubby adalah berniaga kecil-kecilan yang ada tapak kecil spt di uptown dan pasar. En.hubby ada call owner tapak Downtown Mines pencarian melalui mr.google.....hehhehhe. Sewa dalam rm650 sebulan, khemah disediakan dan deposit dalam rm500. Waktu niaga : 8.00pm - 2.00am.....menarik tp kene fikir pencarian modal dan barang untuk dijual pula.
**** Contoh pemandangan Downtown Mines waktu malam.
En.hubby pesan "takpe susah awal2 dapat income sedikit pun tak pe dan jgn fikir negatif".....hehehehhehe biasala perempuan spt aku ni memg suka fikir bukan2. Bila suami aku bg kata-kata peransang mulala semangat aku ni berkobar2.....(semoga urusan aku dipermudahkan. Amin)
Doakan kami sekeluarga dimurahkan rezeki selalu k.......Amin
Wednesday, 7 January 2015
Shaklee Di Hati
Bermulanya aku mengenali produk Shaklee masa mengandungkan aisy.......biasala anak pertama mesti nak yg terbaik utk baby dlm kandungan kan. So bila ada kelapangan aku mula la menggoogle produk2 terbaik ketika mengandung.
Antara produk yg aku jumpa :
* Salindah
* Neurogain
* Biodex
* Amway
Tapi aku berkenan sangat ngn Shaklee mungkin sbb sumber bahan semula jadi yang digunakan. Lagi aku ada masalah HB LOW......
Aku ambil Set Bajet Shaklee je.......mengikut bajet yang ada.hehehehhehehe....
Antara fungsi set bajet yang gunakan:
1. ESP-ENERGY SOY PROTEIN
- ESP membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan. Selain itu, membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
2. VITA-LEA IRON FORMULA
- Asid Folik sangat penting untuk kesihatan fetus, di mana boleh merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah dan juga boleh mengurangkan risiko baby jaundice. ibu hamil yang mengambil Vita-Lea tidak perlu lagi mengambil Obimin.
3. OSTEMATRIX
- Ibu mengandung memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari. Kalsium sangat penting untuk ibu hamil kerana ia dapat membantu membina darah, membina tulang dan saraf. Pengambilan OSTEMATRIX juga untuk menguatkan dan pembentukan tulang dan gigi bayi yang sihat dan mengurangkan kramp kaki bagi ibu hamil yang kurang pengambilan SUSU atau tidak suka minum SUSU langsung.
4. B COMPLEKS
- Mengandungi sebanyak 8 kumpulan vitamin B termasuklah a4.sid folic. Asid folic dan B12 membantu pembentukan sel-sel darah merah di dalam badan. Jumlah asid folic yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural.
Antara produk yg aku jumpa :
* Salindah
* Neurogain
* Biodex
* Amway
Tapi aku berkenan sangat ngn Shaklee mungkin sbb sumber bahan semula jadi yang digunakan. Lagi aku ada masalah HB LOW......
Aku ambil Set Bajet Shaklee je.......mengikut bajet yang ada.hehehehhehehe....
Antara fungsi set bajet yang gunakan:
1. ESP-ENERGY SOY PROTEIN
- ESP membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan. Selain itu, membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
2. VITA-LEA IRON FORMULA
- Asid Folik sangat penting untuk kesihatan fetus, di mana boleh merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah dan juga boleh mengurangkan risiko baby jaundice. ibu hamil yang mengambil Vita-Lea tidak perlu lagi mengambil Obimin.
3. OSTEMATRIX
- Ibu mengandung memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari. Kalsium sangat penting untuk ibu hamil kerana ia dapat membantu membina darah, membina tulang dan saraf. Pengambilan OSTEMATRIX juga untuk menguatkan dan pembentukan tulang dan gigi bayi yang sihat dan mengurangkan kramp kaki bagi ibu hamil yang kurang pengambilan SUSU atau tidak suka minum SUSU langsung.
4. B COMPLEKS
- Mengandungi sebanyak 8 kumpulan vitamin B termasuklah a4.sid folic. Asid folic dan B12 membantu pembentukan sel-sel darah merah di dalam badan. Jumlah asid folic yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural.
Banyak kebaikan yang aku dapat bila mula consume set bajet Shaklee ni. Bila dh rasa kebaikannya aku pun mula daftar sebagai AHLI SHAKLEE pada tahun 2012 hinggalah sekarang.
(Skrg pun aku ngandung baby ke dua dan teruskan consume Set Bajet Shaklee)
### pssssttt......sapa nak dapatkan harga istimewa jgn segan silu
call/sms@whatsapp laila 011-27708887
Tuesday, 6 January 2015
Throwback Sambut Birthday Aisy
Assalamaualaikum......
Aku nak update pasal besday anak aku, Muhammad Aisy Rayyan yang ke-2 tahun......Syukur alhamdulillah aisy membesar dengan sihat dan dialah buah hati ibu ayah.
Untuk sambutan kali kedua ini, aku sambut di taska Cahaya Min Rizki pada 03.12.2014 jam 3 ptg.......jemputan hanya kawan2 aisy dan cikgu sahaja. Bukan tak nak buat kt umah atau tempat lain, rasa lebih meriah dia sambut bersama kawan2. Aku sebagai ibu pun rasa teruja,......hehehehhehehe.
Goodies bag aku buat simpel2 je untuk kemeriahan kawan2 aisy.......tp cikgu bg masa diorang nak balik klu bg waktu tu conform bersepah.hehheheheehe. tp aku terkilan coz lupa ambik gambar goodie bag tu.
yg aku bg :
* lolipop
* puding
* belon
* keropok jagung
Sebenarnya tarikh lahir aisy jatuh hari Ahad, 1 Disember tapi aku hanya sambut di rumah je beli kek kecik je kt secret recipe dan beli hadiah kt Toys Rus kt Alamanda.
Tu pun dia rasa happy asyik nk tiup lilin je.......bukan makan kek pun. (last2 aku yg habiskan .....hehehheehh,sedap)
**** Ini pic sambut birthday aisy kt umah je. Nampak tu dia susun mainan kegemaran dia......hehehheheh. Skrg kereta tu dh hilang sbb dia bwk gi taska.....uhuhuhuuh. Alahai anak.....
## Untuk aisy, ibu dan ayah doakan aisy dikurniakan kesihatan yang baik, diberikan kecerdikan akal fikiran, sentiasa menjadi penyejuk hati ibu ayah, jadi anak yang soleh dan baik budi pekerti.
- IBU AYAH SAYANG AISY DUNIA AKHIRAT -
Tahun baru 2015
Azam baru dan impian baru.......
** kalau ikutkan banyak azam yg ingin diceritakan tp mampukah aku penuhi dalam tahun ini......
pe2 pun yang penting hidup sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan sentiasa pandang ke hadapan.
Monday, 5 January 2015
Welcome to my first time blog
Salam semua.....hai saya ibu kepada seorang anak teruna. Tujuan create blog saje suka-suka......
Jika ada kelapangan jengah-jengah blog yang tak seberapa ini.
FREE JE VISIT MY BLOG
Jika ada kelapangan jengah-jengah blog yang tak seberapa ini.
FREE JE VISIT MY BLOG
Subscribe to:
Posts (Atom)













